Friday, December 26, 2008

Tanya Sama Hati

Petang ini..aku terjumpa satu cebisan kata-kata ku kira menarik ku bubuhkan dalam entry kali ini..sekali lagi ku pinjam kata-kata ini dari seseorang yg mana mungkin mengenaliku kerna aku tak berkenalan dengan nya..takpe tak salah ook sebab ku yakin rangkap itu bukan asal darinya..sebuah rangkap lagu lama ketika hati gundah gulana...

Tanya pada pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama langit apa sebab hujan
Nanti jawab langit
Tanyalah awan, awan nanti kata
Aku kandung air sampai tempat sejuk
Aku pun cair

Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang


malam ni...aku nak kl..untuk bertemu dengan sahabat-sahabat tercinta..:)


No comments: