Wednesday, November 12, 2008

...

malam ini aku memulakan blog ini dengan seribu rasa dalam diri dan bila disimpulkan menjadi satu..iaitu rasa pahit..
permulaan blog sepatutnya menjadi satu permulaan yang membanggakan
ntah kenapa hari ini ditakdirkan ku pilih untuk memulakan sesuatu bidang terjun pada ku kini..
adakah untuk dijadikan privasi atau untuk tatapan umum..
belum bersedia untuk diputuskan lagi
putus,,ada apa dengan putus,, aku pun belum bersedia dengan perkataan putus hadir dalam hidup ini,
di saat aku merasakan pahit disegenap ruang ini..aku sepatutnya fokus pada kerja ku..
tapi oleh kerana pahit ini..aku terpanggil untuk menulis didalam ruang blog ini..
aku perlu tumpuan
aku perlu sesuatu yang ampuh..ampuh tu ape..sefaham aku ampuh tu kuat
aku perlu sokongan,,sokongan dalam diri sendiri penting untuk aku
aku perlukan satu tembok dalam diri macam imunin "imunin?"ape tu ala daya tahan bila kita makan vitamin atau ubat suppliment yang dapat berikan antibodi pada badan kita yang akan menjadi benteng yang dapat melawan penyakit yang hadir..iya daya tahan...untuk melindungi diri dari hujan,kilat,petir dan kulapuk.
aku perlu ubat
aku perlu azimat
aku perlukan sesuatu yang bakal berkata 'everything is going to be alright'
aku pinjam kata-kata ini dari seorang kenalan sulit ' Hidup ini bukannya senang seluruh. Bila-bila masa ada kekalahan - A. Samad Said
walaupun ribut petir,kacau bilau melanda,,di penghujung titik aku akur semuanya..
tunduk menyerah diri pada Nya
aku sedang mengumpul kekuatan di celah-celah kepedihan dan sentiasa mengharapkan ada cokelat diberikan di akhir tangis seorang budak kecil..

No comments: